Ia adalah susulan tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang yang telah meragut beberapa nyawa. Untuk rekod, insiden tanah runtuh ini bukanlah yang pertama kali berlaku.

Pada tahun 2017, kejadian tanah runtuh telah berlaku di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang yang menyebabkan beberapa orang pekerja tertimbus dan maut.

Oleh yang demikian, amat wajar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan dengan serius bagi mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan menilai tahap keselamatan di semua tapak pembinaan dalam negara.

Perlulah diketahui, bahawa aspek keselamatan di tempat kerja perlu diberi keutamaan oleh semua pihak sama ada majikan mahu pun pekerja.

Semua pihak perlu saling bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk menjaga keselamatan di tempat kerja.

Ini kerana sebarang insiden kemalangan bukan sahaja akan melibatkan individu malah turut memberi kesan kepada orang sekeliling.

PEJUANG ALAM SEKITAR


Pulau Pinang