Terdapat banyak tompok tumpahan simen yang sudah mengeras di simpang empat ini dan jalan-jalan sekitarnya disebabkan lokasinya berhampiran dengan laluan utama lori-lori simen atau ‘lori siput’.

Saya sering melihat lori-lori tersebut tidak menyediakan bekas tadahan bagi mengelakkan tumpahan simen ke atas jalan raya sehinggakan habis permukaan jalan tidak rata malah berbahaya ketika waktu hujan.

Harap DBKL dapat memantau dan membersihkan tumpahan simen ini sementara Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan memantau pergerakan ‘lori siput’ sekitar empat jalan utama ini.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur