Namun, saya masih menunggu kawasan Selayang, Selangor bebas daripada kebanjiran PATI kerana nampaknya semakin hari semakin ramai sehinggakan tidak terkira negara asalnya.

Sudahlah dibanjiri pelarian Rohingya, ada juga PATI Myanmar (bukan Rohingya) sampai bergaduh dan bunuh-membunuh.

Ada juga warga Afrika, Arab, India, Pakistan dan sebagainya.

Walaupun berkali-kali operasi dijalankan sebelum ini, ‘bah besar’ PATI masih jelas khususnya di pasar borong dan mana-mana premis perniagaan sekitar Selayang sehingga ke Rawang, Batu Caves dan Gombak.

Namun, pusat tumpuan mereka berkumpul mahu pun tempat tinggal nampaknya bertumpu sekitar Selayang. Saya tidak pasti sama ada mereka ini meniru konsep setinggan haram Indonesia di Gombak atau mungkin memang ada orang tempatan menyewakan rumah kepada PATI.

Mohon wakil rakyat, menteri berwajib dan terutama sekali Jabatan Imigresen menjalankan operasi besar-besaran untuk menamatkan penjejakkan PATI di kawasan ini. Kasihanilah kami rakyat tempatan yang semakin takut keluar rumah.

IBU TUNGGAL

Selayang, Selangor