Isu UEC memang sudah lama berpanjangan, bukan disebabkan kerajaan dahulu enggan mengiktirafnya tetapi kerana persatuan pendidikan Cina yang enggan menerima syarat calon wajib lulus bahasa Melayu taraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tiada masalah mengiktiraf UEC jika termasuk syarat lulus bahasa Melayu tetapi keengganan mematuhinya satu penghinaan besar kepada negara.

Adakah mereka cuma mahu berkhidmat untuk kaum Cina? Adakah perlu disediakan penterjemah jika mereka berurusan dengan orang Melayu dan India kelak? Adakah pekeliling dan kenyataan pejabat Menteri Besar Melaka juga akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin seperti Kementerian Kewangan?

ANAK MUDA

Jasin, Melaka