Untuk makluman tuan, pihak kami tidak dapat membuat semakan terperinci berhubung aduan ini memandangkan tiada maklumat lengkap pengadu.

Untuk makluman tuan, tempoh bacaan meter biasanya adalah dari 28 hingga 31 hari.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan tempoh bacaan lebih daripada 31 hari, antaranya kerana musim perayaan, pintu pagar berkunci, meter berada di dalam rumah dan bacaan tidak dapat dibuat.

Jika bacaan melebihi 31 hari, pengguna masih tidak mengalami kerugian.

Ini kerana bacaan blok bagi 200 kWh pertama dan berikutnya akan di prorata mengikut bilangan hari bacaan bil dilakukan.

Berikut adalah contoh pengiraan untuk mendapatkan jumlah blok bagi 200 kWh yang pertama;

Jumlah blok bagi 200 kWh untuk 31 hari = 200 kWh x 31/31 = 200 kWh.

Jumlah blok bagi 200 kWh untuk 40 hari = 200 kWh x 40/31 = 258 kWh (Blok Prorata).

Berdasarkan pengiraan di atas, terdapat lebihan sebanyak 58 kWh dan pengguna mendapat manfaat kerana 58 kWh tersebut akan didarabkan dengan kadar (RM) yang sama dengan kadar Blok 200 kWh.

Kelewatan mengambil bacaan menyebabkan bilangan hari pada bulan berikutnya akan berkurangan.

Walau bagaimanapun, pengguna masih menikmati kadar Blok 200 kWh kerana TNB tidak akan mengurangkan blok kurang daripada 200 kWh.

Sebagai contoh, bulan berkenaan mempunyai 31 hari dan meter dibaca pada hari yang ke-28. Sepatutnya pengiraan:

Jumlah blok bagi 200 kWh untuk 31 hari = 200 kWh x 28/31 = 181 kWh, tetapi TNB masih mengekalkan 200 kWh.

Untuk sebarang maklum balas mengenai pemasangan dan perkhidmatan TNB, pengguna boleh menghubungi TNB melalui:-

Telefon atau sms ke talian khidmat TNB atau TNB CareLine 15454 (bagi aduan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan lampu jalan).

Telefon atau faks ke 1300 88 5454 (bagi pertanyaan berkaitan bil elektrik dan berkaitan).

E-mel ke [email protected]

 

Ir. S. Parameswaran

Pen. Pengurus 
Besar (TNB CareLine)