Saya yakin semua pemimpin dan peminat bola sepak tanah air masih memerlukan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mengemudi badan induk bola sepak negara. Sementelah skuad negara masih bergelut dengan prestasi tidak menentu, justeru peletakan jawatan tersebut tidak lagi sesuai buat masa ini.

Hakikatnya pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM sebelum ini sedikit sebanyak telah menampakkan pencapaian memberangsangkan dalam arena bola sepak negara. Contohnya, kejayaan skuad Bawah 23 tahun (B-23) dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di China, sekitar Januari lalu.

Sehubungan itu, TMJ disaran agar menarik balik keputusan melepaskan jawatan tersebut dan kembali mengetuai jentera kepemimpinan bola sepak negara. TMJ perlu berani menerima cabaran untuk terus memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya di dunia.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan