Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Titian gantung tidak dibaiki

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ialah salah seorang daripada ribuan pelancong yang berkunjung ke Taman Negara Pahang setiap tahun dan antara tempat wajib dilawati adalah titian gantung kanopi.

Anak-anak saya juga sangat suka meniti di atas laluan kanopi tersebut. Malangnya, hanya 250 meter daripada keseluruhan 530 meter titian kanopi itu yang boleh dilalui pengunjung kerana lebih separuh daripadanya sudah rosak dan terpaksa ditutup.

Saya difahamkan melalui satu sumber dari Jabatan Perhilitan yang menguruskan titian kanopi itu, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membuat titian baharu pada awal 2015 dan sepatutnya siap sekitar September tahun sama. Benarkah?

Sepatutnya bahagian yang ditutup itu sudah boleh dibuka kepada pelancong tempatan dan antarabangsa tetapi malangnya situasinya masih sama sehingga sekarang sedangkan 2017 ialah Tahun Melawat Pahang.

Pemandu pelancong saya memaklumkan mereka juga sudah jemu menipu pelancong mengenai isu itu tetapi tiada pilihan lain.

Pada pendapat saya, jika benar ada peruntukan RM500,000, ada sesuatu yang tersirat sama ada berkaitan kerenah birokrasi pelaksana projek mahupun tiada pemantau projek.

Peruntukan RM500,000, ini bukan satu jumlah yang kecil, perkara sebegini jelas membazirkan duit kerajaan.

Rata-rata pelancong asing juga marah melihat kerosakan titian kanopi itu kerana mereka datang dari jauh untuk melihat sendiri titian yang dipromosikan ke seluruh dunia.

Kalau perlu, saya sarankan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia datang menyiasat sama ada berlaku salah guna kuasa dan ketirisan dana awam.


MAMAK MAIDIN

Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain