Pastinya kita semua pernah merasai sindrom Monday Blues. Sindrom ini sering di kaitkan dengan sindrom ‘liat’ ataupun malas untuk ke tempat kerja setelah bercuti selama dua hari pada hujung minggu.

Sudah semestinya kita tidak mahu sindorm ini berlaku dengan kerap di dalam diri kita. Oleh yang demikian, budaya kerja kelas pertama perlu diterapkan di dalam diri setiap individu.

Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi untuk bekerja.

Pertama, ciptakan satu momentum yang hebat seawal pagi sebelum memulakan pekerjaan. Hal ini memberi impak positif sepanjang hari di tempat kerja. Kedua, sentiasa ikhlas untuk bekerja bermula dengan niat yang baik bahawa kerja adalah suatu ibadah dan amanah Allah.

Ketiga, sentiasa tanam minat suka bekerja. Tidak semua individu beruntung mendapat pekerjaan.

Bersyukurlah dengan rezeki dan peluang yang telah diberikan dengan menanam azam untuk menjadi seorang pekerja yang baik walaupun pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa anda hadapi.

Keempat, berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik, tetapi dengan cara terhormat dengan prestasi konsisten. Wujudkan jalinan kerjasama yang baik di antara rakan sekerja tanpa mengira kedudukan seseorang.

Pastikan persaingan sihat sesama rakan sekerja. Sentiasa ringan tulang membantu rakan sekerja yang memerlukan.

Kelima, bekerja untuk kecemerlangan organisasi. Justeru, kita perlu berusaha memberi mutu kerja yang terbaik dan membawa nama organisasi dengan baik di mana-mana sahaja.

HAZRIEL FAIZAL PAHRORAJI
Ahli Akademik