Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tingkatkan rondaan polis

SAUDARA PENGARANG,
SEBELUM ini saya rasa selesa dan selamat dengan rondaan polis yang kerap di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur. Namun kebelakangan ini, terasa rondaan itu seperti semakin kurang.

Sebagai warga kota yang bekerja di situ, saya sangat terganggu dengan sebegitu ramai pendatang asing yang berkeliaran dan asyik memerhati orang ramai dengan cara mencurigakan.

Ada di antara mereka mengganggu wanita, memaksa beli jualan mereka dan terlibat dengan gejala seluk saku.

Itu belum mengambil kira kehadiran penagih dadah rakyat tempatan yang berada di banyak penjuru dan lokasi sekitar kawasan tersebut.

Saya cadangkan polis tingkatkan rondaan selain menempatkan lebih ramai anggota berpakaian preman untuk mengawasi kawasan itu.

Untuk makluman, banyak kes ragut yang hanya sebahagian daripadanya dilaporkan kepada polis.

Memandangkan kawasan Masjid India sudah menjadi seperti koloni asing, adalah sangat penting pengawasan polis diperhebatkan supaya warga kota rasa lebih selamat dan selesa. 


 AHMAD HAMZAH HUSSEIN

Semua House, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain