Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tingkatkan bilangan pengadil dari Kedah

SEDAR atau tidak, Kedah adalah salah sebuah daripada dua negeri yang ketandusan dan bermasalah dalam bidang pengadilan bola sepak.

Biarpun telah menjuarai kejohanan berprestij seperti Piala Malaysia, ketandusan pengadil berwibawa adalah sangat ketara. Jumlah pengadil kebangsaan dari Kedah adalah jauh lebih rendah bilangannya berbanding Kelantan, Perak dan Johor.

Dari segi penampilan pula, pengadil dari Kedah amat sedikit yang boleh diketengahkan. Pulau Pinang yang keluasan negeri itu lebih kecil berjaya menampilkan lebih ramai pengadil berwibawa.

Apa sudah berlaku dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)? Kalau dulu kita boleh berbangga dengan beberapa pengadil dari Kedah yang mencapai standard peringkat kebangsaan dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kini semuanya telah berakhir.

KFA terlalu asyik berbangga dengan kejayaan dan pencapaian pasukan bola sepak negeri sehingga lupa bahawa mereka turut bertanggungjawab meningkatkan bilangan pengadil berwibawa.

Jangan terlalu asyik membina pasukan dan membangunkan pemain sehingga lupa bahawa kedua-duanya adalah sama penting. Pembangunan pengadil tidak bolah diabaikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, saya menyambut baik langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewujudkan jawatan pegawai pembangunan pengadil (PPP) di setiap negeri untuk menjalankan program bagi mencungkil bakat dan meningkatkan prestasi pengadil.

Bagaimanapun, jika setakat menerima elaun daripada FAM tanpa ada program yang berkesan, maka kewujudan PPP adalah sia-sia belaka.

PPP juga tidak boleh dibiarkan membelakangkan Jawatankuasa Pengadil KFA sendiri. PPP tidak boleh bertindak melampaui batas dengan tidak merujuk langsung kepada jawatankuasa itu.

Pihak pengurusan KFA haruslah faham bahawa PPP dan jawatankuasa itu adalah dua entiti yang berlainan.

Jawatankuasa berkenaan diwujudkan untuk merangka program berkaitan pengadil dan juga membuat keputusan atas sesuatu perkara manakala PPP berperanan melaksanakan program pembangunan termasuk yang diputuskan oleh jawatankuasa dalam mesyuarat mereka.

Apa yang berlaku sekarang tidak begitu. PPP secara bersendirian bertindak membuat beberapa program dan keputusan tanpa memaklumkan jawatankuasa itu.

PPP juga bertindak melantik pengadil bertugas tanpa mengambil kira prestasi dan tahap pertandingan yang dijalankan. Hal ini menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pengadil yang berdaftar dengan KFA.

Saya berharap segala kelemahan ini diperbaiki segera.

ILHAM SYAKIMA

Yan, Kedah

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain