* Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru ) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya cadangan tersebut yang berkaitan pengajaran bahasa Melayu secara santai dan interaktif di SJKC dan SJKT dalam memastikan murid-murid bertutur dengan baik bahasa kebangsaan.

* Penggunaan media interaktif di dalam proses PdPc terutama pengajaran subjek bahasa akan menarik minat murid sekali gus membantu mereka menguasai subjek tersebut. Pada masa sama aspek pengajaran berasaskan PAK21 perlu dikembangkan dan diperluaskan di dalam usaha meningkatkan kecemerlangkan tersebut.

* iGuru juga bersetuju supaya kaedah pengajaran lebih bersifat interaktif, menyeronokkan agar murid-murid tidak terasa beban di dalam menimba ilmu dan pembelajaran.

* Para guru juga digalakkan supaya meningkatkan kualiti Pdpc dengan menggunakan bahan-bahan interaktif dan PAK21 seperti model Kahoot , model Quizizz selain tayangan filem dan video.

* Cadangan menteri agar murid-murid di SJKC/SJKT mempelajari bahasa Melayu dengan menonton filem P. Ramlee atau animasi Upin Upin adalah wajar dan bersesuaian dengan mengambil kira P. Ramlee sebagai ikon pembikin filem dan aktor popular.

Begitu juga cerita Upin Ipin yang sudah sebati dengan khalayak kanak-kanak.

* iGuru juga menyokong cadangan menteri supaya usaha meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dengan melaksanakan program berkembar antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC atau SJKT agar persefahaman dan silang budaya antara kaum dapat dikukuhkan.

* iGuru dengan tegas menggesa SK diperkasakan agar ia menjadi sekolah pilihan semua kaum dan mencadangkan pihak kementerian berusaha menambah bilangan murid dan guru dari kaum Melayu di SJKC/SJKT yang sedia ada bagi mencapai hasrat tersebut.

MOHD AZIZEE HASAN
Presiden iGuru