Haiwan berkenaan telah menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan sehingga menyebabkan kawasan persekitaran taman perumahan kami kotor.

Kehadiran banyak binatang itu berpunca daripada aktiviti pembangunan di kawasan hutan berhampiran Taman Teknologi Bukit Jalil. Minta kerjasama daripada pihak Perhilitan untuk menyelesaikan masalah kami ini.

MUHAMAD ABID

Selangor