Penguatkuasaan sehingga di Parlimen sekali pun tidak menjanjikan tabiat merokok dapat dikurangkan

Pembasmian tabiat ini belum pernah mencapai objektifnya.

Kementerian dari era lama termasuk meningkatkan kawalan cukai dan kepelbagaian peraturan antimerokok, namun tidak berjaya mencapai sasaran.

Mereka beranggapan kerajaan berlaku tidak adil dengan meningkatkan harga rokok. Lambakan rokok seludup terus berleluasa kerana sambutan yang amat rancak.

Bentuk muka bumi negara gagal menyekat kemasukan rokok seludup.

Kita dapati bertambah pula bilangan perokok baharu.

Apabila diperhalusi para perokok kita terdiri daripada nelayan, petani, buruh dan orang awam dan banyak lagi.

Kerajaan terdahulu bersusah payah mengawal situasi ini tetapi hasilnya masih kosong.

Malah kekerapan menaikkan harga cukai yang tinggi menyebabkan sebuah pemerintahan ditukarkan.

Kalangan perokok berasa diperas dan timbul rasa benci dengan kenaikan harga yang tinggi. Ini mereka tidak melahirkan secara terbuka.

Kenaikan harga rokok bukan sesuatu dapat menjayakan agenda kementerian tetapi menambah beban insan atau keluarga perokok.

Anak, isteri dan keluarga mereka menerima tempias dengan langkah kementerian kerana tabiat ini bukan mudah untuk dihentikan.

Mereka akan terus dan tetap membeli tanpa mempedulikan kesan kewangan kepada keluarga.

Langkah terbaik ialah membentuk generasi awal di peringkat sekolah rendah dengan motivasi baharu yang bebas rokok.

Kita mungkin dapat mengawal rokok bercukai tetapi bukan penggunaan rokok haram yang tiada jaminan kesihatan.

Sebaliknya akan menambah lagi bebanan Kementerian Kesihatan kerana rokok menambah lagi pesakit baharu.

 

AMRANAZIZ

melaka