Seperti beliau jelaskan, identiti pengadu akan dirahsiakan dan siasatan akan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Orang ramai jangan termakan hasutan pihak tertentu kononnya orang yang melapor akan masuk penjara sedangkan pesalah kekal bebas.

Selagi penyampai maklumat mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka akan dilindungi sepenuhnya SPRM sebagai penyampai maklumat dan tiada risiko dijadikan ‘kambing hitam’.

Kita perlu sedar ada prosedur dalam mendedahkan sesuatu maklumat supaya pihak yang didakwa juga mempunyai peluang mempertahankan diri, bukannya dihakimi dalam media sosial.

Janganlah jadi sotong yang suka berjenaka, baling batu sorok tangan. Bila terkena minta belas kasihan, kaya-raya pun minta derma ihsan.

SOTONG KERING

Kuala Selangor.