Kalau menteri kata hendak tutup pusat tahfiz sebab tidak berdaftar adalah lembut sedikit tetapi jika mengatakan pusat tahfiz ‘haram’ memang sangat menghina. Adakah semua yang diajar itu juga ‘haram’. Kenapa pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak dikatakan sebagai ‘pendatang haram’. Boleh pula kita guna perkataan lembut walaupun kepada orang asing.

Ramai menteri Melayu sekarang ini bercakap seolah-olah bagi pihak bukan Islam. Saya tidak mendengar lagi ada menteri Melayu mengeluarkan kenyataan supaya kedai dan kilang arak ditutup ketika ramai yang mati kerana meminum arak baru baru ini.

HAMBA ALLAH

Perak