Terlalu kerap jalan raya diturap dengan teruk dan kembali rosak beberapa hari selepas siap dibaiki khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kerosakan jalan memang tidak dapat dielakkan khususnya di kawasan perindustrian yang kerap dilalui lori-lori besar dan berat.

Begitu juga setiap kali syarikat pengurusan paip air ingin membaiki saluran pecah, jalan raya perlu dikorek sebelum diturap kembali.

Masalahnya, hasil kerja pihak yang menurap jalan raya sangat teruk dan boleh dikatakan langsung tidak berkualiti.

Kebiasaannya jalan yang diturap itu akan kembali pecah, mendap dan akhirnya menjadi lopak takungan air selepas hujan.

Tanpa pemantauan dan pemeriksaan kualiti, pihak berwajib akan terus membuang duit sahaja kepada kontraktor yang tidak layak dan tidak beramanah ini.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur