ternampak sebuah motosikal (skuter) jenama Elegan tersadai lebih seminggu berhadapan bangunan pencakar langit di tengah-tengah ibu kota.

Lokasi yang lebih tepat adalah di persimpangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berhampiran ibu pejabat Public Bank.

Ia merupakan kawasan laluan utama warga kota serta tumpuan pelancong untuk merakam keindahan bangunan tersebut.

Keadaan itu sungguh mengecewakan kerana dilihat tiada tindakan daripada pihak berwajib.

Bayangkan jika di tengah-tengah kota kenderaan itu dibiarkan bagaimana pula kenderaan-kenderaan yang berada di lokasi terceruk?

Jika tiada tindakan diambil, dikhuatiri ia akan menjadikan longgokan kenderaan-kenderaan rosak tersebut sebagai sarang tikus atau kawasan pembiakan jentik-jentik yang merbahaya untuk semua.


AHA
Kuala Lumpur