Malangnya satu papan tanda pun tidak ada menyebabkan kami tersesat jalan. Selepas meredah jalan untuk satu tempoh agak lama, akhirnya kami sampai juga ke KUIS.

Setelah selesai pendaftaran anak, dalam perjalanan pulang pun saya berdepan masalah sama dan banyak membuang masa tersesat mencari jalan pulang. Satu papan tanda pun tidak ada menunjuk arah jalan ke Bangi Lama.

Yang ada hanyalah papan tanda masuk ke lebuh raya untuk ke Kuala Lumpur. Tanggungjawab siapakah untuk meletakkan papan tanda tersebut? Atau tidak perlu lagi untuk letak papan tanda sebab semua orang kena belajar guna aplikasi pintar?

NORDIN TT

Dengkil, Selangor