Sejak produk RON 97 ini dipasarkan beberapa tahun yang lalu, para pemandu kenderaan yang ingin mengisi minyak petrol RON 97 terpaksa pergi ke stesen minyak Shell di Seksyen 9 atau stesen minyak Caltex di Seksyen 3.

Para pemandu kenderaan merasakan sudah sampai masanya stesen minyak Petronas di Seksyen 6 ini memasarkan juga produk RON 97, selain produk-produk yang sedia ada iaitu RON 95 dan diesel.

PENGHUNI TETAP SHAH ALAM