Namun cara makluman perubahan itu kepada pengguna amat tidak memuaskan. Tiada notis khas ditampal untuk menyedarkan orang ramai mengenai perubahan itu dan tiada pegawai yang ditugaskan untuk membantu pelanggan.

Yang ada hanya sebuah meja menjual kad prabayar diletakkan di bawah pokok, tanpa apa-apa papan tanda. Bayangkan pengguna yang meletak kenderaan jauh dari meja berkenaan dan hanya sedar cara baharu itu setelah meletakkan kereta. Dia terpaksalah berjalan berpusing-pusing mencari meja menjual kad kerana tiada apa-apa penunjuk arah disediakan.

Peliknya untuk membeli kad itu, pelanggan disuruh mengisi borang menyatakan butir-butir peribadi yang sepatutnya dilindungi.

Saya juga kesal kerana pelanggan tidak boleh menggunakan kad prabayar itu di tempat letak kereta di bahagian lain di Seremban. Kawasan lain diuruskan oleh syarikat berlainan yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

MAHU KUALITI

Senawang