Simbol kemewahan ataupun pendapatan lumayan adalah menggunakan kereta import atau jenama asing dan kemuncaknya adalah memiliki kereta sport atau motosikal berkuasa tinggi.

Anak muda membeli kereta tempatan sebab itu sahaja yang mereka mampu.

Namun, logo Proton ditukar menjadi Mitsubishi, Perodua menjadi Toyota atau Daihatsu malah Naza pun ditukar kembali menjadi KIA. Di mana kebanggaan dan rasa sayang terhadap jenama nasional itu?

Itu belum mengambil kira pengubahsuaian sehingga hilang rupa kereta tempatan sama ada untuk lumba jalanan mahupun ‘berlagak’ di luar kemampuan diri.

Saya pernah lihat seorang pelajar di sebuah universiti awam mengubahsuai kereta Kancil ‘cabuk’ menjadi kereta lumba dengan logo Ferrari.

Oleh itu, elok kiranya azam satu lagi perusahaan kereta nasional ditinggalkan. Beri tumpuan kepada jati diri anak muda dahulu seperti di Korea yang mengutamakan jenama tempatan atas rasa sayang dan bangga dengan produk negara mereka.

 

MYVI REMPIT

Klang, Selangor