Semuanya bergantung kepada gred kakitangan berkenaan serta jenis kediaman didiami. Yang pasti potongan gaji itu dibuat setiap bulan tanpa sebarang kelewatan.

Namun, apa yang hendak saya adukan ialah masalah penyelenggaraan yang sejak beberapa bulan lalu sudah dihentikan. Alasan diberi kerajaan baharu tidak lagi menyalurkan peruntukan baharu hingga akhir tahun ini.

Tahun hadapan belum tentu ada lagi kerana tiada sebarang kata putus daripada kerajaan.

Apa sudah jadi? Menakutkan.

Penyelenggaraan amat penting bagi mengelakkan kerosakan berterusan.

PENJAWAT AWAM

Kuala Lumpur