Adalah sangat wajar Menteri Pendidikan membuat penafian itu sendiri, jika tidak ia akan terus menjadi tular sepanjang masa.

Dengan kenyataan Dr. Maszlee, sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala spekulasi buruk dan pandangan yang tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Harapan dan Kementerian Pendidikan.

Ia dengan sendirinya menjelaskan pendirian tegas kerajaan supaya tiada penglibatan sebarang unsur politik di sekolah-sekolah.

Sesungguhnya sekolah adalah pusat pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, soal politik tidak boleh dilibatkan kepada golongan anak-anak dari seawal usia kanak-kanak sehingga remaja kerana mereka masih mentah untuk belajar soal politik. 


BAPA PRIHATIN