Contohnya, tiada lagi operasi tangkapan khalwat oleh pihak Jabatan Agama Negeri. Adakah selepas ini orang ramai tidak perlu lagi mengadu ke pihak Jabatan Agama jika berlaku aktiviti tidak bermoral di kawasan kejiranan mereka kerana itu adalah urusan peribadi yang berlaku dalam rumah persendirian?

Ataupun maksiat tidak mengapa buat dalam rumah asalkan bukan di hotel atau dalam kereta? Ataupun tidak mengapa jika orang Islam berzina secara senyap dalam rumah sendiri. Jika betullah pendirian dinyatakan itu, saya minta kerajaan fikir semula dan jangan tergesa-gesa buat perubahan mendadak dengan alasan ingin memperbetulkan keadaan.

Kaji dan bawa berbincang dahulu dengan semua pihak. Urusan agama Islam berada di bawah negeri. Bimbang jika terlalu banyak kebebasan diberi akan disalaguna pula.

Saya pun tidak bersetuju jika Jabatan Agama hingga pecah pintu rumah untuk menangkap pasangan berkhalwat. Tetapi kalau ada orang awam yang ingin mengadu mengenai perkara sumbang, contohnya ada pasangan bersekedudukan, pihak Jabatan Agama kena ambil perhatian. Harap Maklum.

HAMBA 
ALLAH

Pulau Pinang