Dek kerana nak menjaga perkhidmatan keretapi berelektrik (ETS), KTMB sanggup menafikan hak rakyat khususnya dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Bagi saya, keistimewaan yang disediakan untuk tren Lambaian Aidilfitri nampak biasa sahaja. Persoalan saya, adakah koc yang akan digunakan semuanya sempurna?

Adakah koc yang akan digunakan itu lain daripada yang lain? Adakah KTMB tidak sedar atau sengaja memejam mata akan hal Ekspres Wau ini?

Sepatutnya perkhidmatan kereta api yang memberi manfaat kepada penumpang perlu di titik beratkan. Penumpang mahukan tren tambang murah dan bukannya tren sewa khas ciptaan KTMB sendiri.

Mengapa tren Ekspres Timuran boleh beroperasi sedangkan Ekspres Wau dinafikan untuk beroperasi? Alasan tiada koc atau lokomotif tidak mencukupi tidak boleh diterima pakai.

BAKAL PENUMPANG