Utusan Malaysia menjadi suara penyambung dan keramat orang Melayu terhadap sesuatu isu berkepentingan di Malaysia. Utusan Malaysia bukan sekadar sebuah akhbar yang melaporkan berita semata-mata akan tetapi agenda mempertahankan, memartabat dan menjulang bangsa.

Utusan Malaysia sebagai akhbar tertua di negara ini pastinya berhadapan dengan sokongan dan bantahan terhadap pendapat mahu pun corak pemberitaan tetapi seluruh keluarga Utusan tetap tabah demi menyampaikan fakta kepada rakyat. Terima Kasih Utusan!

Masyarakat Melayu harus sentiasa menyokong Utusan Malaysia kerana semangat dan suara Melayu dibawa akhbar ini lebih-lebih lagi dalam survival politik pasca-Pilihan Raya Umum Ke-14. Sejarah Utusan Melayu penuh dengan pengorbanan dan perjuangan para pengasasnya terutama Allahyarham Yusuf Ishak pada tahun 1939. Saya berdoa Utusan Malaysia terus cemerlang dan diperhebatkan walaupun berdepan gelombang cabaran supaya generasi seterusnya dapat merasai perjuangan institusi Melayu ini.Terus nyalakan obor Utusan!

MOHATHUS MUALIM

Johor