Rumah satu tingkat pula yang pada asalnya dijual dengan harga RM155,000 boleh dibeli dengan harga RM118,000 sebuah.

Perbezaannya hanyalah rumah yang dijual murah itu tidak mempunyai jaminan daripada sebarang kerosakan dalam tempoh dua tahun.

TANGKAP LAYAR iklan promosi unit kediaman Residensi Pr1ma Tapah
TANGKAP LAYAR iklan promosi unit kediaman Residensi Pr1ma Tapah yang dijual dengan harga murah. – GAMBAR IHSAN PEMBACA

Apabila ditanya pemaju yang membangunkan Residensi Pr1ma Tapah di Perak, jawapannya diskaun yang diberikan itu adalah atas arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu semua rumah belum mempunyai pembeli dijual dengan pantas. Caranya adalah dengan menjual pada harga terlalu murah.

Adakah ini adalah satu dasar yang adil kepada pembeli awal yang terpaksa membayar dengan harga mahal. Sedangkan kami bukanlah golongan kaya dan lebih malang lagi tidak dapat menduduki rumah terbabit kerana terletak jauh daripada tempat kerja.

Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat memberi rebat tunai kepada pembeli awal yang terpaksa membayar dengan harga mahal sedangkan harga sebenar kediaman itu adalah lebih murah.

Saya juga berharap Perbadanan Pr1ma Malaysia membatalkan peraturan melarang rumah disewa dalam tempoh lima tahun selepas tarikh perjanjian jual beli.

Wang hasil sewa terbabit boleh kami gunakan untuk menyewa rumah lain yang lebih dekat dengan tempat kerja. Bagi saya apa sahaja projek perumahan oleh kerajaan selepas ini, baik jangan beli dahulu.

Tunggu harga jatuh baru beli. Bukan lawak, itulah hakikatnya di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia baharu yang segala-galanya mahu dibuat secara berlainan.

AKAK TERTIPU

Kuala Lumpur