Maka adalah wajar untuk beliau menegur prestasi anak buah beliau. Di sini, rakyat boleh nampak betapa Perdana Menteri inginkan satu barisan menteri yang benar-benar bekerja untuk rakyat bagi memastikan semua rakyat mampu menikmati kesejahteraan hidup melalui kepimpinan negara yang baharu.

Pegawai kerajaan yang melambat-lambatkan sesuatu keputusan yang melibatkan hal ehwal rakyat juga wajar menerima tindakan susulan dari ketua jabatan masing-masing. Sesuai dengan slogan yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir sejak dahulu lagi - cekap, bersih dan amanah.

Para menteri Kabinet yang telah dilantik perlu muhasabah diri dan memahami bidang tugas masing-masing dengan sentiasa memperbaiki segala kekurangan pada diri mereka dari semasa ke semasa demi menjaga kualiti perkhidmatan mereka demi kesejahteraan rakyat.

Maka, teguran Perdana Menteri itu perlu diterima secara positif oleh semua jemaah menteri demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

HAMBA ALLAH

Tanah Merah