Terima kasih serta rasa yang amat sedih di atas ‘keterpaksaan’ penamatan secara sukarela seramai 800 pekerja yang terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka demi menyelamatkan institusi akhbar tertua di negara ini.

Apapun kita harap mereka semua akan bersabar dengan ujian ini dan kita terima dengan reda, namun kita harap suatu hari nanti akhbar ini akan muncul dengan lebih hebat lagi dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Insya-Allah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti akan mencorakkan kembali landskap orang-orang Melayu yang sedar daripada mimpi ngeri dan kesilapan yang telah dilakukan pada PRU-14 lalu. Bangsa Melayu akan bersatu dan kembali semula menerajui negara tercinta ini. Hidup Melayu.

AHMAD ZAIM ZAKARIA

Kuala Lumpur