Perkeso dari semasa ke semasa turut menjalankan operasi bagi mengesan majikan yang gagal berbuat demikian dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Mengikut peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja dikehendaki mendaftar dengan Perkeso dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Saya cukup bersyukur kerana majikan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membuat caruman dengan Perkeso sehingga membolehkan saya membuat tuntutan setelah ditimpa kemalangan.

Kepada semua kakitangan Perkeso cawangan Bentong, Pahang, saya mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik semasa saya melakukan urusan tuntutan.

Mereka telah memberikan layanan cukup mesra, senang untuk dihubungi dan bersedia menjawab segala soalan diajukan oleh saya.

PENERIMA FAEDAH
Raub, Pahang