Nampaknya pentadbiran MPS semakin peka dengan penyelenggaraan kemudahan di bawah tanggungjawab mereka khususnya di kawasan perumahan saya ini.

Lori hantu dan tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Surau Jabal Nur juga nampaknya sudah lama ‘bungkus’ dan diharap berterusan demi keselamatan anak-anak yang menghadiri Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Namun, mohon MPS ambil perhatian masalah anjing liar yang berkeliaran berhampiran Jalan 9/8 menghala ke Fasa 8 berhampiran jalan masuk tapak pelupusan sampah haram tersebut.

Semakin hari semakin banyak anjing liar membiak di kawasan pelupusan sampah haram itu atau dibela oleh warga asing yang bekerja di situ sebelum ini.

AHLI KARIAH

TSG, Selangor