Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan Pasar Raya Big Taman Seri Gombak yang beberapa hari lebih awal melaksanakan kadar GST sifar dan memberi penjimatan kepada para pelanggan.

Namun, peniaga bazar Ramadan pula kelihatan enggan berganjak dan kekal dengan harga sama dengan alasan produk jualan mereka tidak terlibat dengan GST.

Saya harap pengguna bijak menilai sikap peniaga yang tamak dengan melaksanakan boikot serta melaporkan tindakan mereka yang enggan menurunkan harga kepada pihak berkuasa.

AMIRUL AKMAL TSG,

Selangor