Bagaimanapun, penggunaan komputer peribadi, komputer riba dan telefon talian tetap menurun mungkin disebabkan perkembangan teknologi telefon pintar.

Namun, agak menyedihkan bila langganan siaran televisyen berbayar terus meningkat sedangkan begitu ramai mengadu tentang beban kos sara hidup tinggi.

Seolah-olah televisyen itu lebih utama daripada keperluan harian lain.

Kajian itu tidak mendedahkan bayaran bulanan untuk telefon bimbit dan internet mudah alih tetapi melihatkan trend televisyen berbayar tentu banyak dihabiskan setiap bulan untuk menonton rancangan televisyen melalui telefon.

Lihat sahaja kawasan setinggan mahupun rumah kos rendah semuanya ada televisyen berbayar. Sampai bila kita sanggup hidup ‘miskin’ asalkan ada televisyen?

Kerajaan sudah sediakan televisyen digital percuma, jika masih habiskan beratus ringgit sebulan untuk televisyen berbayar maka janganlah sibuk mengadu tentang kos sara hidup.

ABDUL NASIR

Kuantan, Pahang