Perkara itu dapat dilakukan kerana kerajaan Johor telah memberikan geran hak milik kekal kepada pemilik kediaman di perkampungan setinggan yang kebanyakannya dihuni orang Melayu sejak 1960-an lagi.

Semua kawasan yang telah diberi hak milik kekal disyaratkan menjadi tanah rizab Melayu. Perkara itu dilakukan semata-mata untuk memastikan tanah milik orang Melayu yang kebanyakannya di tengah bandar raya Johor Bahru tidak sewenang-wenangnya dijual kepada individu atau syarikat milik kaum lain.

MOHD. KHATIM OTHMAN
Johor Bahru