Oleh itu, jangan terlalu sayangkan anak-anak sehingga tidak menegur mereka apabila melakukan kesalahan. Begitu juga jangan terlalu percayakan anak sehingga tidak mahu mendengar segala aduan yang dibuat terhadap mereka oleh rakan-rakannya dan guru.

Sebaliknya, selidik dahulu dan beri perhatian serta awasi mereka. Sehubungan itu, sempena sesi persekolahan baharu kali ini, ibu bapa hendaklah memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dengan baik dan memberi tunjuk ajar berguna kepada mereka.

PROFESOR MADYA DR. ROSNI SAMAH

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)