Saya dan rakan-rakan memang mengeluh terhadap perangai serta sikap ramai pemandu serta penunggang di Malaysia. Tidak kiralah sama ada pemandu lori, bas, teksi, penunggang motosikal dan ramai lagi yang begitu gemar melanggar peraturan jalan raya. Kenapa perkara ini semakin kritikal?

Jawapannya mudah kerana mereka tahu tiada tindakan atau penguatkuasaan di hadapan mata. Tetapi kalau nampak polis trafik, kereta peronda dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pasti perangai bertukar menjadi sopan.

Kepada pihak berkuasa, jangan bagi muka kepada mereka yang gemar melanggar peraturan jalan raya. Juga timbul persoalan, adakah rakyat merasa selamat apabila memandu atau menunggang di jalan raya di negara ini memandang sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab?

PEMANDU BOSAN

Kuala Lumpur