Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tangguh PTPTN tanpa ‘bunga’

SAYA tertarik dengan komen seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu berkaitan faedah pinjaman berterusan sekalipun bayaran balik ditangguhkan.

Peminjam tersebut mendakwa meminjam RM15,000 daripada PTPTN ketika pengajian peringkat diploma dahulu dan kini melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan pinjaman tambahan RM26,000.

Dia sudah mendapat kelulusan penangguhan bayaran balik untuk pinjaman RM15,000 tersebut tetapi faedah pinjamannya masih berjalan dan semakin meningkat setiap hari.

Saya juga berdepan situasi sama selepas tamat pengajian diploma pada 2001 dan menyambung ijazah sarjana muda di luar negara pada tahun sama.

PTPTN memberikan salinan tebal perjanjian penangguhan tetapi seperti kebanyakan peminjam lain saya hanya menandatanganinya tanpa membaca ketetapan berkaitan kadar faedah terus berjalan bermula tarikh saya tamat diploma.

Selepas pulang ke Malaysia, saya terkejut kadar pinjaman RM15,000 hampir mencecah RM20,000. Jika saya tahu faedah itu berjalan, saya akan hantar duit hasil kerja sambilan di luar negara untuk membayarnya setiap bulan.

Saya harap pihak PTPTN dapat mengubah sistem ini dan jangan terlalu mengikut cara pinjaman bank kerana yang meminjam itu pelajar dan selagi mereka belum mendapat kerja tetap tidak sepatutnya ‘bunga’ dikenakan ke atas jumlah pinjaman.

Perlu diingatkan, ini adalah pinjaman pelajaran kerajaan demi membantu pelajar kurang berkemampuan dan bukannya pinjaman bank yang mengutamakan keuntungan.

Jika pinjaman graduan cemerlang boleh ditukar menjadi biasiswa, harap dipertimbangkan cadangan pelajar yang lulus pengajian diberi pengecualian kadar faedah sehingga mereka mendapat kerja atau pendapatan tetap.

BEKAS PEMINJAM

Hospital Selayang, Selangor

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain