Tidak kira dalam bentuk pengkisahan, rencana mahupun penyataan ringkas, kritikan disampaikan melalui pelbagai saluran media semasa bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hati diselang-seli bersama kutukan dan sindiran terhadap institusi tersebut.

Walaupun pengkritik selalu menggambarkan hal tersebut sebagai isu kelemahan pentadbiran agar tidak dilihat seperti mengkritik hukum syariah itu sendiri, masyarakat umum maklum di sebalik kritikan yang disampaikan itu jelas dapat difahami isu sebenar.

Ini berhubung sifat dan ketetapan hukum syariah itu sendiri digambarkan sebagai tidak adil dan saksama kepada wanita. Saya berasa pelik melihat kepada sokongan terbuka diberikan media, badan bukan kerajaan (NGO), cendekiawan, ahli akademik termasuk para agamawan seperti mufti dalam usaha-usaha mengkritik dan menyindir secara terbuka terhadap institusi kehakiman syariah dalam negara.

Saya terfikir, apakah tindakan sebegitu merupakan satu bentuk penghinaan kepada institusi syariah melibatkan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua hal ehwal agama dalam negara?

PENGEMIS SOH
Bangsar