Ekoran itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah bersetuju membantu guru berkenaan untuk ditempatkan mengajar di sekolah berdekatan rumahnya.

Walau bagaimanapun saya berharap Kementerian Pendidikan tidak hanya melayan kes-kes guru duka lara yang tular sahaja tanpa melihat isu ini secara menyeluruh.

Sebenarnya banyak lagi kes seperti ini. Sebagai contoh kes saudara terdekat saya yang telah enam tahun mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit, Sarawak.

Beliau telah beberapa kali membuat rayuan untuk mengajar di kampung halaman di Terengganu memandangkan suaminya bekerja di sana dan telah memiliki cahaya mata.

Saya difahamkan rakan-rakan beliau telah berjaya ditempatkan mengajar di negeri masing-masing walau pun baharu berkhidmat empat tahun di Sarawak.

Saya percaya isu ini mampu ditangani sekiranya pihak kementerian dapat melakukan pertukaran suka sama suka secara besar-besaran.

Isu guru duka lara sewajarnya dapat ditangani secara holistik demi kebajikan guru-guru sejajar dengan usaha kerajaan memartabat profesion perguruan.

KELUARGA GURU

Bandar Seri Putra, Bangi