Saya singgah di R&R itu kerana sakit perut. Ketika menyarungkan semula seluar yang diletakkan di dalam tandas itu saya dapati dompet saya telah tiada.

Menurut kata peniaga di situ, kes kehilangan dompet bersama seluar memang kerap berlaku di situ.

Mohon pihak pengurusan Lekas mengambil perhatian serius perkara itu termasuk memasang dawai menutup ruang tingkap dan lain-lain bagi membendung perbuatan mencuri ini daripada berulang.

ZULDOLLAH

Kuala Lumpur