Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tambah stesen minyak di LPT

SELAIN tandas dan kedai makan, pengguna lebuh raya juga memerlukan
SELAIN tandas dan kedai makan, pengguna lebuh raya juga memerlukan kemudahan stesen minyak dalam jarak munasabah antara satu R&R ke R&R atau hentian berikutnya. GAMBAR HIASAN

BARU-BARU ini saya pulang beraya di Terengganu menyambut Aidiladha bersama keluarga di kampung dengan menggunakan laluan tol Gombak ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Difahamkan, LPT2 sejauh 185 kilometer (km) dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Terengganu mula dibina sejak 2004, seterusnya dibuka secara berperingkat-peringkat mulai 2011.

Laluan LPT2 menyediakan kemudahan seperti kawasan Rehat & Rawat (R&R), hentian sebelah, lampu jalan, 10 persimpangan bertingkat selain plaza tol yang memenuhi kriteria reka bentuk terkini.

Namun, salah satu kemudahan asas yang masih diabaikan atau terlepas pandang adalah ketiadaan stesen minyak dari Jabor hingga ke Kuala Terengganu.

Pengguna terpaksa berhenti mengisi minyak di Gambang kerana LPT2 hanya menyediakan stesen minyak mini, itu pun hanya di Kijal, Kemaman.

Saya amat berharap pengurusan LPT2 dan kerajaan negeri Terengganu dapat berbincang dengan syarikat minyak seperti Shell, Petronas, BHP Petrol, Caltex dan lain-lain bagi menawarkan insentif bersesuaian kepada syarikat minyak yang bersedia melabur di jajaran tersebut.

Ketika pulang beraya baru-baru ini, pemandu terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak mini di Kijal selain kesesakan teruk di stesen minyak Gambang serta Temerloh.

Saya berkeyakinan permasalahan yang timbul ini bersifat sementara dan pengurusan LPT2 dapat menyediakan kemudahan stesen minyak yang mencukupi demi keselesaan pengguna LPT2 dalam masa terdekat sebagaimana di Lebuhraya PLUS dan lebuh raya lain di seluruh Malaysia.

AIMAN MEMANG KISAH

Putrajaya

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain