Bagi lelaki muda mungkin tidak menjadi masalah berdiri selama beberapa jam tetapi bukan mudah untuk warga emas seperti saya ‘bertongkat’ di atas dua kaki uzur ini.

Bukan sahaja pusat beli-belah terkemuka, pasar raya tempat membeli barang keperluan juga rata-ratanya tidak menyediakan secukupnya atau tiada langsung kerusi untuk orang awam.

Bunyi agak remeh tetapi bagi warga emas dan kanak-kanak, kerusi itu jauh lebih penting daripada jualan mega untuk golongan wanita.

PAK HAJI

TTDI, Kuala Lumpur