SAUDARA PENGARANG,
SAYA memohon jasa baik pihak berkaitan agar dapat menambah jumlah bonggol jalan di depan Sekolah Kebangsaan Slim Village, Slim River, Perak.
Ini kerana satu bonggol yang sedia ada tidak mencukupi berikutan banyak kenderaan dipandu begitu laju di kawasan itu.
Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi dimaklumkan yang agensi tersebut belum ada peruntukan mencukupi.
Persoalannya, sampai bila keadaan ini akan berterusan? Adakah sehingga kemalangan maut berlaku baharu hendak dibina bonggol lain? Diharap perkara ini dipandang serius oleh pihak berkuasa.
PEMBACA UTUSAN
Perak
Ketirisan penggunaan buku kerja
MINAT yang tinggi dalam kalangan ibu bapa bumiputera untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mungkin terjejas ekoran beberapa insiden yang mencemarkan reputasi sekolah itu sejak kebelakangan ini.