Fenomena penuaan penduduk akan memberikan cabaran pada masa hadapan kerana proses persediaan yang jitu perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani situasi berkenaan.

Sehubungan itu saya amat berharap kerajaan menambah bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe). Kemudahan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT) cukup bermanfaat bagi memastikan golongan itu tidak dipinggirkan di negara ini.

Sehingga kini terdapat 59 Pawe di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MOHAMAD KAMIL
MOHAMED UMAR

Petaling Jaya