Sehubungan itu, sudah sampai masanya kerajaan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Langkah itu adalah penting bagi memastikan undang-undang berkenaan sentiasa lengkap dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini bagi memastikan pengguna dapat dilindungi sepenuhnya daripada pelbagai jenis jenayah siber.

Di samping itu, pengguna juga perlu mengetahui hak mereka. Contohnya, orang ramai berhak menarik balik kebenaran kepada mana-mana syarikat menggunakan data peribadi mereka jika maklumat berkenaan dikongsi dengan pihak lain sehingga menjejas kehidupan seseorang itu.

Dalam pada itu, sudah sampai masanya pengetahuan cara-cara bagi menghadapi jenayah siber dimasukkan dalam kurikulum pendidikan di sekolah untuk memastikan generasi muda menyedari bahaya yang akan mereka hadapi apabila menggunakan internet.

 

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan Pengguna 
Pulau Pinang (CAP)