Bagaimanapun, program yang diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Misalnya, saya menerima maklumat daripada saudara yang tinggal di Melaka bahawa kediaman baharu mereka yang dibina menerusi program RMR1M yang siap pada pertengahan 2017 tidak dapat didiami kerana lantai retak.

Saya berharap pemantauan rapi dilakukan terhadap kontraktor yang mendapat kontrak membina rumah berkenaan supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

FARIDA

Kuala Lumpur