Sebagai salah seorang yang mendapat manfaat daripada dasar ini dengan mengikuti latihan dalam bidang pendingin hawa selama enam bulan di Jepun, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan.

Konsep pembelajaran berasaskan pekerjaan iaitu latihan dijalankan dalam kelas dan sektor industri harus diperluaskan dan bukan seperti sebelum ini hanya melibatkan bidang tertentu.

Apabila mendapat latihan di syarikat Jepun banyak rahsia dapat dipelajari dan pelatih terdedah dengan teknologi terkini.

Saya yakin kerajaan Jepun akan bersetuju dengan cadangan ini kerana mereka mahu terus berbaik-baik dengan Malaysia dan mengekang pengaruh ekonomi China di negara ini.

Dalam pada itu, saya menyambut baik cadangan pelabur dari Jepun untuk menubuhkan universiti bertaraf dunia di Pagoh, Johor kerana langkah itu akan membolehkan pembelajaran berasaskan pekerjaan dilaksanakan termasuk di syarikat Jepun di Malaysia.

Boleh juga di kampus tersebut diwujudkan kedai makanan ala Jepun dan padang golf (tempat kesukaan mereka ketika waktu rehat).

DRZULKAS

Ayer Baloi, Johor