Bukan sahaja kami, malah turut melibatkan saudara-mara, kenalan, sahabat-handai yang tinggal di luar kawasan khususnya jika tiba musim perayaan (Aidilfitri dan Aidiladha) atau diadakan kenduri mahu pun majlis perkahwinan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai posman dan pemandu teksi. Mereka pun turut berhadapan dengan masalah.

PENGGUNAAN nama Taman Seri Duyong 2 yang melibatkan empat taman
PENGGUNAAN nama Taman Seri Duyong 2 yang melibatkan empat taman perumahan  mengelirukan penduduk. – GAMBAR IHSAN PEMBACA

Semuanya ini berpunca daripada isu penggunaan satu nama untuk empat buah taman perumahan yang berasingan. Dalam isu ini ialah penggunaan nama Taman Seri Duyong 2. Bayangkan nama Taman Seri Duyong 2 digunakan untuk empat taman perumahan berbeza.

Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Saya tertanya-tanya juga adakah pihak berkuasa telah muflis idea dan mendapati terlalu sukar untuk bagi memberikan nama apabila sesebuah taman perumahan itu dibangunkan.

Bagaimana pihak berkuasa boleh meletakkan nama Taman Seri Duyong 2 terhadap empat buah taman berlainan termasuk tempat kediaman saya. Hakikatnya kesemua taman ini terletak berasingan antara satu sama lain dan sudah tentu keadaan itu memberi masalah kepada pelbagai pihak.

Saya menyeru kepada pihak berkuasa terlibat agar memberi perhatian tentang isu ini dan selanjutnya memohon agar tindakan segera dapat diambil sama ada bagi menamakan semula taman-taman ini dengan nama lain bagi kemudahan semua pihak.

 

MD. HATAR RAIS

Tmn SD 2, Melaka