Masalah paling kerap berlaku adalah tawaran kad tanpa caj tahunan seumur hidup tetapi sebenarnya ada caj tahunan yang hanya boleh ‘dibatalkan’ jika pelanggan menggunakan kad kredit beberapa kali dalam tempoh tertentu setiap tahun.

Ramai pengguna mengambil kad kredit tanpa caj tahunan sebagai persediaan sekiranya tidak cukup wang tunai atau urusan yang memerlukan kad tersebut.

Bila pengguna mengadu, pihak bank hanya menyatakan pegawai promosi ‘tersilap sebut’ malah saya sendiri pernah diminta mengemukakan rakaman perbualan dengan pegawai promosi tersebut. Adakah kita perlu merakam semua perbualan dengan pegawai bank selepas ini?

Lebih teruk bila ada klausa ‘syarat boleh diubah pada bila-bila masa’ yang membolehkan mereka mengubah syarat sesuka hati. Cukup mudah pengeluar kad kredit lepas tangan dan akhirnya pengguna yang teraniaya.

DUIT PLASTIK

Subang, Selangor