Apa yang membanggakan adalah tindakan pantas dan kecekapan PDRM menahan dua suspek terbabit pada hari sama kejadian itu berlaku seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 20 Disember 2017.

Siapa kata PDRM perlu mengambil masa lama untuk membuat sebarang tangkapan kononnya kerana tiada cukup maklumat?

Penangkapan dua suspek pada malam kejadian membuktikan PDRM adalah yang terbaik di rantau ini.

Namun, saya tertanya-tanya kenapa pihak atasan PDRM tidak memaklumkan kepada media elektronik mahupun media cetak mengenai tangkapan tersebut untuk diuar-uarkan kepada umum kerana kes pembunuhan itu dianggap sebagai antara yang menjadi tumpuan umum.

Mungkin pihak polis ada sebabnya merahsiakan sesuatu dalam kes yang masih dalam siasatan seumpama ini.

Apa-apa pun, semoga baki dua lagi rakan suspek dapat ditangkap dalam masa terdekat dan dibawa ke muka pengadilan sekali gus menyelesaikan kes pembunuhan kejam tersebut.

MOHD. FAIZAL ABDULLAH

Batu Caves, Selangor